Berikut kongsikan satu maklumat penting untuk renungan kita bersama. Terima kasih kepada penulis blog tersebut.
SIAPAKAH YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? APAKAH MAKSUD DI SEBALIKNYA?
Maka berpalinglah (Hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah : "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). - (QS. 43:89)
Radio Ikim (91.50 FM) pernah menyiarkan. Ustaz Zawawi ada bercerita tentang sunnah Rasulullah SAW. Antara yang dibincangkannya ialah mengenai cara memberi salam.
Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda Rasulullah SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”.
Ringkasnya, Baginda Rasulullah SAW akan memberi salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”.
dan menjawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”.
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya mendengar ramai orang menjawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Menjawab salam yang betul ialah - “Waalaikumussalam”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu - “Waalaikumsalam”.
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata : “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ya ... ” contohnya, … dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE ya.” Jangan pula kita memandai-mandai tambah perkataan seperti "Kau tolong kirim salam maut kat dia ya."
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tetapi menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama kita memberitahu rakan-rakan yang selalu sangat menggunakan shortform “A’kum” dalam SMS ataupun e-mel. Perkataan “A’kum” adalah gelaran orang-orang Yahudi, untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud 'Binatang' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘Hamba-hamba binatang dan orang-orang sesat'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang menghantar shortform “A’kum”, kita ingatkan beliau menggunakan “As Salam” kerana salam itu daripada perkataan “Assalamualaikum”.
* Jangan gunakan “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope”.
* Jangan gunakan “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud "Binatang" dalam Bahasa Yahudi.
* Jangan gunakan “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu”.
* Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalamualaikum”.
Tolong forward kepada umat Islam yang lain. Sekian, semoga ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment