Namun nama ini diubahnya menjadi Mata Hari kerana dia menginginkan kehidupan baru, sama halnya dengan "matahari" yang membuka lembaran baru kehidupan.Kisah hidup wanita yang berkahwin pada usia 18 tahun ini memang cukup menarik.
Dia pernah dibuang sekolah guru gara-gara berskandal dengan ketua disekolahnya. Anak laki-lakinya pernah ditinggal mati akibat keracunan dan bercerai tahu 1906 dari suaminya, seorang angkatan laut Belanda yang usianya 20 tahun lebih tua darinya.Sebelum terjun ke dunia perisikan, wanita yang memiliki kod rahasia H21 ini mengawali kerjaya sebagai penari eksotik di Paris.Dengan kemahiran tarian erotik yang dipelajari di India dan daya pikatnya yang tinggi, dia menjadi terkenal di mana-mana. Tak hairan bila kemudian tawaran menari datang mencurah-curah dari kota kota besar di Eropah hingga ke Mesir.
Egen rahsia Inggeris, MI5 mulai curiga dengan kegiatan Mata Hari lalu menyoal siasatnya. Namun mereka tidak mampu memaksa Mata Hari untuk membuka mulut.Berkali-kali soal siasat dilakukan, namun hasilnya tetap kosong. Sampai akhirnya, egen rahsia Perancis berhasil menangkap dan menyoal siasatnya ketika dia akan menyeberangi Perancis untuk mengunjungi salah satu hubungan cintanya.
Egen rahsia Perancis menangkap Mata Hari kerana diyakini dialah "Perisik Wanita Teragung" yang mesti bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu tentera, akibat risikan yang diberikannya.Mata Hari, kemudiannya di adili di pengadilan perang dan dihukum tembak sampai mati pada 15 Oktober 1917. Meskipun demikian, banyak yang mempermasalahkan hukuman mati yang dilakukan oleh Mata Hari, statusnya antara perisik bermuka dua masih diperdebatkan.
Namun, hingga ke hari ini, nama Mata Hari tetap tercatat sebagai agen perisik wanita paling terkenal dalam catatan sejarah.
No comments:
Post a Comment