salam
semalam aku tengok kat tuotube pasal tragedi runtuhnya Highland Towers (HT).kisah ni da lame blaku,mase aku umur staon lbih.huhu. dulu aku tgok jgak sal HT yg dtyangkan kt channel history.xslap aku taon lpas aku tgok.mesti korg2 taw pasal tragedi highland tower kan??kalo nk tgok, search jeh kat google or youyube mesti keluar semua info. gambar and vdeo pon blambak.
highland tower ni ada 3 blok semuanya.blok yang tumbang tu blok 1.kejadian ni berlaku pada 11 disember 1993.sape tak tahu pasal kondominium ni.dengan sewa yang mahal,harga 1 unit rumah apatah lagi.kiranya sapa dok kat situ memang orang kaya la katanya.sebut jeh highland tower orang mesti "wahhh....".dapat pulak kat situ pon memang area rumah orang kaya.banglo berbijik-bijik kata kau.huhu
HT ni dah lama dibina dalam bblas tahun jgak la.tapi kenapa blok 1 tuh baru nak runtuh ea.masa kejadian memang pihak polis dan bomba malaysia buntu sebab negara kita waktu itu tak pernah lagi mengalami bencana seperti itu.so keadaan memang tak terurus.blok yang tumbang tuh masih lagi bergegar2 dan mungkin berpotensi untuk membahayakan nyawa anggota penyelamat.tak lame lepas itu anggota keselamatan berjaya keluarkan 3 mangsa iaitu seorang wanita warga jepun ,wanita indonesia dan anak majikannya yang berusia 18 bulan.tetapi wanita jepun tu meninggal dunia beberapa jam kemudian akibat kecederaan teruk di HKL. Pm kita time tuh Tun Mahathir serta tpm Anuar Ibrahim datang ketempat kejadian.beliau memohon kerjasama dari negara luar untuk membantu menyelamatkan mangsa berikutan kekurangan pengalaman dan teknologi negara kita pada masa tu.
sehingga hari kelapan tiada mangsa yang dpat diselamatkan dan dengan itu operasi mencari mangsa bertukar ke operasi mencari mayat.so ahli keluarga mangsa yang mendiami blok 1 tu redha jeh la dengan berita yang disampaikan. seramai 48 orang maut dlam nahas tragedi HT ni. pihak bomba yang menyelamat dan mencari mangsa dia nampak ada mayat wanita sedang peluk quran,ada mayat wanita ngah peluk anak dia. pihak menyelamat juga menjumpai mayat suami ,isteri dan anaknya dalam keadaan berpelukan di tangga tingkat 2. sedih bila teringat balik kejadian ni.hope pihak berkenaan amek pengajaran dengan tragedi yang berlaku ni.jangan main tibai jeh nak dapat untung.tapi nyawa org lain tergadai.
Keadaan Highland Tower yang musnah |
![]() |
Keadaan Highland Towers yang tumbang ke hadapan |
![]() |
Pihak menyelamat bertungkus lumus mencari dan menyelamata mangsa |
Pandangan Highland Towers dari udara |
****************************
kebanyakkan rumah teres/banglo kat area sana tuh banyak yang kosong.ada yang nak jual dan sewa. suasana di sana memang sunyi kawasan.kalau korg pasan rumah banglo betol2 kat depan blok yang tumbang tuh elok lagi.kira memang nasib la tak kena hempap.skg rumah tuh dah jadi sarang penagih,tempat black metal beroperasi,da ade 'mural' sana sini.lagi dua blok yang ade tuh still teguh dan tegap berdiri.dah 18 tahun pon kejadian tuh berlaku.tapi kan yang aku peliknya kenapa la ada org beli/sewa rumah tuh?tak de la cun mana pon aku tengok.macam bangunan tak siap jeh.
******************
bercerita mengenai HT ni aku ada cerita nak share ngn korg.cerita ni aku bace kat blog2,cerite2 and artikel2 yang ada kaitan dgn HT. kisahnya macam ni...
betul ke??? |
Rumah yang bersebelahan dengan Highland Towers |
Keadaan Higland Towers yang terbiar |
Keadaan Highland Towers yang terbiar |
ada satu geng ni konon2 cam nak buat cite seekers la.dalam 6 atau 8 org semuanya.dorg plan nak masuk blok tinggal HT tuh.kira nak tunjuk kelakian dan keberanian la tu.tak macho la kalau takut ye dak??dorg masuk secara berbaris.yang paling depan dan yang paling belakang mesti orang yang paling berani antara mereka.dorg masuk sampai mana tu aku tataw la kan tapi yang aku taw masa dorg kat dalam tuh tiba-tiba mamat yang paling belakang sekali ternampak ada satu kelibat.haruslah cuak kan.dia pon bagi hint kat memember yang lain la suh keluar.tak sedap hati la tuh.pas dorg da keluar tuh dorg gi lepak kat mapley.hehe aku teka jeh.mungkin lepak somewhere yang berdekatan ngn area situ gak.minum2 sementara masuk waktu subuh.bukan nak gi masjid nak solat.tapi nak balik rumah,tido.heheh okay tipu jeh.dalam pada dorg ngah lepak2 sambil borak2 kat kedai tu tiba2 ada seorg pakcik datang.ikut keadaan dia macam nak pegi surau.pakcik tuh datang ke meja dorg lepak tu.then pakcik tu cakap...
"salah seorang dari kamu ni bukan kawan kamu"
jeng...jeng...jeng....
sape?konfom2 la semua cuak kan.yang mana yang asli,yang mana yang klon.kalau aku tu memang sah2 nanges kat situ jugak.then pakcik tuh kata kena pergi kat tempat dorg 'bwak' benda tu untuk nak anta balik benda tu.setibanya kat tempat dorg pegi tdi,dorg nampak kawan dorg yang dok paling belakang dalam barisan tadi merangkap mamat yang nampak kelibat tuh ada kat dalam blok tu tengah menjerit2 macam org gila.sapa tak gila kalau dok sorg2 dlm blok tinggal tu?masa dorg semua bergegas nak keluar dari blok tu sempat la si hantu ni swap tempat ngn mamat tadi ni.mcm mana die swap korg tnya la incik hantu tu sendiri hehe~ so pengajaran nya jangan buat keje gila kalau anda bukan gila.okay pengajaran untuk aku jugak.huhu
lagi ibu aku ada cite,ada org dok kat kondo kat BA.dari rumah dia nampak la HT.dia nampak ada sekumpulan lembaga warna putih beramai2 pegi ke tempat kejadian.tataw la lembaga tuh berjalan ke terbang ke.heheh~
lagi satu mesti korg pernah dgr cite jugakkan pasal drebar teksi bawak hantu pegi HT?cite ni agak pemes gak la dulu.ade pakcik teksi ni amek penumpang tgh malam.then pnumpang tuh mintak dia anta kat HT.masa tu pakcik tu xigat sal tragedi HT tumbang tuh.da dkat nk smpai kt kwasan HT,pakcik tu pon pelik la ~knpe nk pg situ kn. pakcik tu pon tnye la kt pnumpang dy 2 knpe nk pg HT. pnumpang tu jwab " die nk prgi ambil kaki dye,kaki dye ptus mase tragedi HT tu runtuh "~ pakcik tu tgok la keadaan pnumpang die 2,pnumpang tu dlam keadaan kudung dan bdannye bdarah2. dah sampai tempat tu tiba2 pnumpang tuh tron dri teksi dan mengesot pergi kearah bangunan HT. pakcik tu terus memecut teksi di kluar dri kwasan HT.
p/s : biarpon tragedi ni da blaku bzaman2 da,tapi aku ykin tragedi ni masih utuh di ingatan rakyat Malaysia sebab tragedi n mrupakan tragedi pertama yang mngorbankan rmai pnduduk di MALAYSIA
No comments:
Post a Comment